Lelaki conteng gratifiti di tembok laluan jalan bawah MRT Buona Vista sudah ditangkap
Anggaran Waktu Membaca:

Para pekerja dilihat memadamkan contengan grafiti daripada tembok pada 8 Ogos 2023. (Gambar: Reuben Tham)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun ditangkap pada Khamis (17 Ogos) kerana dipercayai menconteng sebuah bangunan dan laluan jalan bawah di Buona Vista.
Polis dimaklumkan mengenai insiden itu pada 8 Ogos setelah contengan grafiti disemburkan pada tembok di sebuah bangunan di North Buona Vista Drive dan pada tembok di laluan jalan bawah menghala ke stesen MRT Buona Vista.
Lelaki itu dipercayai menukar pakaian untuk mengelak dikesan, menurut polis pada Jumaat.
Dia akan didakwa, atas kesalahan merosakkan harta benda awam, di mahkamah pada Sabtu (19 Ogos).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada 8 Ogos bahawa pihaknya menyedari tentang insiden itu dan sudah membuat aduan polis mengenai contengan grafiti pada tembok di laluan jalan bawah tersebut.
Grafiti tersebut tertera beberapa perkataan dan simbol: "IF 1 (syringe) = 1 DEATH = 1 (stick figure being hanged) = HOW MANY 4 U SG GOV?"

Setibanya Mediacorp di tempat kejadian pada 8 Ogos, laluan jalan bawah itu sudah dikepung dan para pekerja dilihat memadamkan contengan tersebut.
Jika didapati bersalah merosakkan harta benda awam, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$2,000 dan dikenakan sebatan rotan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.