Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ceroboh masuk unit kondo 2 kali pada 1 malam, dikenakan perintah rawatan wajib

Seorang lelaki dan isterinya sedang tidur lena pada dinihari 30 Oktober 2019 apabila mereka terjaga disebabkan bunyi bising daripada salah satu bilik air di apartmen kondominium mereka, yang terletak di aras bawah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ceroboh masuk unit kondo 2 kali pada 1 malam, dikenakan perintah rawatan wajib

Joshua Lim Zi Yi, dikenakan perintah rawatan wajib selepas mengaku bersalah menceroboh masuk rumah secara senyap-senyap pada malam hari. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 08:51PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 08:51PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dan isterinya sedang tidur lena pada dinihari 30 Oktober 2019 apabila mereka terjaga disebabkan bunyi bising daripada salah satu bilik air di apartmen kondominium mereka, yang terletak di aras bawah. 

Lelaki itu kemudian pergi menyiasat dan mendapati pintu bilik mandi tersebut dikunci. Beliau terdengar seseorang cuba keluar melarikan diri melalui tingkap dan beliau kemudian menghubungi polis. 

Hari ini (12 Jan), penceroboh berkenaan, Joshua Lim Zi Yi, dikenakan perintah rawatan wajib selama 18 bulan selepas lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan menceroboh masuk rumah secara senyap-senyap pada waktu malam. 

Tuduhan kedua menceroboh  satu lagi rumah berasingan di kondominium yang sama dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Lim. Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan apakah pekerjaan Lim. 

Perintah rawatan wajib adalah pilihan hukuman berasaskan masyarakat, ditawarkan kepada pesalah yang mengalami masalah mental yang menyumbang kepada kesalahannya. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Keith Thirumaran memberitahu mahkamah bahawa Lim sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Mount Emily Road sekitar pukul 2.00 pagi pada malam insiden itu berlaku, selepas meminum alkohol. 

Dia ternampak kondominium itu dan memanjat ke dalam unit berkenaan melalui tingkap bilik air. Bagaimanapun, tidak dinyatakan mengapa Lim memilih rumah lelaki yang membuat aduan polis itu. 

Ketika saat itu, pemilik unit berkenaan dikejutkan oleh pencerobohan tersebut. Namun apabila pemilik itu sampai ke pintu bilik air tersebut, Lim sudahpun memanjat keluar.  

Lim bagaimanapun tidak meninggalkan tempat kejadian sebaliknya, dia memasuki semula rumah tersebut melalui tingkap dapur pula, kata DPP Thirumaran.

Menyedari bahawa penceroboh itu kini berada di dapur, suami isteri tersebut menghidupkan lampu rumah dan pergi ke dapur untuk menyiasat. 

Setelah mengetahui dirinya ditemui, Lim melarikan diri melalui tingkap yang sama dia menceroboh masuk ke unit tersebut dan pulang ke rumah. 

Pemeriksaan oleh pasangan suami isteri itu mendapati walaupun barang-barangan mereka berselerak/dialihkan, tiada yang dicuri mahupun rosak. 

Sebelum penduduk itu menghubungi polis, beliau bercakap dengan pasukan keselamatan kondominium dan mendapati Lim juga menceroboh masuk ke unit lain di estet tersebut. 

Bagi kesalahan menceroboh masuk rumah secara senyap-senyap pada malam hari, Lim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda. 

Sumber : Today/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa