Skip to main content

Singapura

Lelaki cedera setelah lori naik ke tanah di Grange Road

Sebuah lori ternaik ke atas timbunan tanah di tepi jalan di Grange Road petang tadi (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cedera setelah lori naik ke tanah di Grange Road

Trak naik ke tanah di Grange Road.

Diterbitkan : 16 Nov 2017 10:26PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 10:33PM

SINGAPURA: Sebuah lori ternaik ke atas timbunan tanah di tepi jalan di Grange Road petang tadi (16 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 4.40 petang dan mengerahkan sebuah ambulans.

Seorang lelaki didapati mengalami kecederaan ringan oleh paramedik SCDF tetapi enggan dibawa ke hospital, menurut SCDF.

Menurut seorang pejalan kaki yang tidak mahu dikenal pasti, tayar trak itu kelihatan bocor, menyebabkan pemandunya hilang kawalan.

Gambar-gambar memaparkan trak itu di atas timbunan tanah di tepi jalan raya yang dipisahkan oleh hadangan-hadangan konkrit.

Bahagian depan trak berkenaan juga kelihatan musnah.

Dalam satu catatan tweet sekitar 4.40 petang, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran mengenai kemalangan di Grange Road berdekatan persimpangan antara Grange Road dengan Orchard Boulevard.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita