Lelaki cedera selepas kontena hempap forklift di terminal Pasir Panjang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Patrick Tan)
SINGAPURA: Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas kontena terjatuh, menghempap forklift yang dipandunya di Terminal 3 Pasir Panjang pada pagi Isnin (25 Nov).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, PSA Singapura berkata kejadian itu berlaku di limbungan kontena di Terminal 3 Pasir Panjang pada kira-kira 6.40 pagi.
Pengendali forklift berusia 37 tahun itu cedera dan dibawa dalam keadaan sedarkan diri ke Hospital Universiti Nasional (NUH), tambahnya.
"PSA menyediakan bantuan dan sokongan kepada pekerja yang cedera. Siasatan sedang dijalankan."
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 33 Harbour Drive kira-kira jam 6.55 pagi Isnin.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tersebar di media sosial, menunjukkan pengendali berkenaan mengangkat kontena menggunakan forklift.
Sedang forklift itu berundur, satu timbunan lima kontena tumbang dengan salah satu daripadanya menghempap kabin forklift. Pemandu itu juga kelihatan tercampak dari kenderaannya.
Mediacorp sudah menghubungi polis dan Kementerian Tenaga Manusia untuk maklumat lanjut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.