Lelaki cedera dalam serangan pisau di Pusat Beli Belah Boon Lay
Seorang lelaki berusia 23 tahun cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang dengan pisau oleh seorang lagi lelaki di Pusat Beli Belah Boon Lay pada Rabu (7 Okt).
Petikan gambar dari video yang tular di media sosial. (Gambar: Facebook/Rayni Suhaini)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang dengan pisau oleh seorang lagi lelaki di Pusat Beli Belah Boon Lay pada Rabu (7 Okt).
Pihak polis menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa mereka dimaklumkan mengenai satu kes sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya di 221 Boon Lay Place pada sekitar pukul 12.40 tengah hari Rabu.
Mangsa berada dalam keadaan sedar semasa dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
"Siasatan sedang dijalankan," tambah polis.
Dalam gambar dan video yang tular di media sosial, lelaki itu, yang memakai baju berwarna kelabu, kelihatan sedang menerima rawatan perubatan di pasar raya NTUC FairPrice ketika berlumuran darah disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.