Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki cedera akibat tanah runtuh di tapak BTO Clementi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki cedera ringan setelah tanah runtuh di tapak binaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Clementi pada pagi Jumaat (2 Sep). 

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerusi catatannya di Facebook, menyatakan insiden tersebut menyebabkan "sesaran tanah" ke Sungai Ulu Pandan, sekali gus merosakkan penghubung taman Ulu Pandan. 

"Seorang pejalan kaki lelaki, yang mengalami cedera ringan dan dirawat di tempat kejadian, kini sedang berehat di rumah. 

"Agensi-agensi relevan sedang berhubungan dengannya untuk menghulurkan bantuan tambahan jika perlu," menurut HDB. 

Tiada lagi kecederaan yang dilaporkan. 

(Gambar: Sim Ann/Facebook)

Kawasan-kawasan penghubung taman yang terjejas dikepung untuk memastikan keselamatan awam. HDB menasihatkan orang ramai supaya mengelak kawasan berkenaan. 

Dalam catatan Facebook berasingan, Anggota Parlimen Sim Ann (PAP-Hollang-Bukit Timah) menyatakan tanah runtuh itu berlaku berdekatan Clementi Avenue 6 di tapak pembinaan Clementi NorthArc. 

HDB menambah bahawa ia sedang bekerjasama dengan agensi air negara PUB, Lembaga Taman Negara (NParks) serta Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) untuk melakukan siasatan atas kejadian tersebut, dan melaksanakan "tindakan-tindakan pemulihan yang wajar". 

"Sebagai sebahagian proses keselamatan dan langkah berjaga-jaga, kami sedang memeriksa flat-flat yang sudah siap dibina, tetapi masih belum ada penghuni, untuk memastikan mereka tiada masalah struktur."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan