Lelaki buruan dituduh beli kondo S$23 juta dari hasil perjudian haram minta ikat jamin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar; CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh menggunakan hasil daripada perjudian haram rentas negara untuk memperolehi sebuah unit kondomium bernilai S$23 juta di Singapura, meminta untuk diikat jamin pada Rabu (18 Okt). Peguamnya menjelaskan sebab dia meninggalkan China bersama keluarganya, meskipun dia diburu di sana.
Wang Dehai, seorang rakyat Cyprus seperti yang tertera di kertas dakwaan, berdepan dua dakwaan.
Dakwaan pertama adalah berkaitan menggunakan hasil jenayah dari perkhidmatan perjudian jarak jauh berpangkalan di Filipina, namun ditujukan kepada para pengguna China, dengan membeli sebuah unit kondominium di The Marq di 8 Paterson Hill pada November 2019.
Dakwaan kedua adalah berkaitan wang berjumlah S$2.3 juta yang dimilikinya pada Ogos tahun ini, yang merupakan hasil daripada jenayah perjudian haram jarak jauh.
Wang, yang memiliki empat pasport dari negara berbeza, ditahan sejak 16 Ogos lalu. Dia antara 10 orang yang dituduh dalam kes pengubahan wang haram S$2.4 bilion.
PEMBELA BERHUJAH UNTUK DIBERI IKAT JAMIN
Peguam baharunya, Cik Megan Chia dari Tan Rajah & Cheah, berhujah terhadap keputusan pendakwa yang tidak ingin memberi ikat jamin.
Cik Chia menekankan bahawa beliau dapat membuktikan anak guamnya tidak bersalah, serta kebolehannya untuk mempersiapkan diri untuk membuktikan dia tidak bersalah.
Disebabkan Wang ditahan polis, ia sukar bagi pihak pembela untuk berjumpa dengannya secara kerap, untuk menyediakan kesnya.
Cik Chia juga tidak bersetuju bahawa Wang akan melarikan diri, seperti yang dikatakan pendakwa. Beliau menarik perhatian kepada Wang yang menjadikan Singapura sebagai tempat tinggal untuk tiga anak, isteri dan mertuanya.
Peguam itu juga memberi hujah bahawa kelakuan Wang membuktikan niatnya untuk menetap di Singapura, untuk membina sebuah rumah yang baik dan selamat bagi anak-anaknya supaya mereka dapat meraih pendidikan bermutu tinggi.
Mengenai pasport yang dimiliknya dari Vanuatu, Cyprus, Kemboja dan China, Cik Chia berkata bahawa pasportnya dari Vanuatu sudah luput.
SANGKAL HUJAH PENDAKWA
Timbalan Pendakwa Raya Edwin Soh menyangkal hujah pembela. Tentang hujah pembela tidak dapat menyediakan kesnya dengan baik, Encik Soh berkata kedua-dua permintaan Cik Chia untuk wawancara Wang untuk sesi perbicaraan tersebut dibenarkan.
Encik Soh merujuk kepada satu afidavit seorang Pegawai Penyiasat (IO), yang berkata bahawa Wang dilantik ke dalam perniagaan perjudian online di Filipina, yang menyediakan perkhidmatan perjudian kepada para pengguna di China.
IO itu menunjukkan notis pihak berkuasa yang sedang mencari Wang, yang menyatakan bahawa terdapat "keraguan besar" terhadap penglibatan Wang dalam satu jenayah di China pada 2015.
Abang ipar Wang dan sepupunya merupakan anggota perniagaan perjudian jarak jauh yang sama, dan mereka juga sedang dicari pihak berkuasa. Mereka masih diburu dan boleh membantu Wang melarikan diri, kata Encik Soh.
Mengenai pasport Wang, Encik Soh berkata bahawa Wang hanya pernah ke Kemboja sebanyak dua kali, namun, dia berjaya mendapatkan pasport Kemboja.
Perkara tersebut menujukkan kebolehan Wang mendapatkan pasport, tambah Encik Soh.
Hakim akan memberi keputusannya terhadap sama ada beliau akan memberi ikat jamin pada lewat petang ini.
Wang merupakan di antara beberapa individu dalam kes pengubahan wang haram untuk berada di mahkamah pada Rabu untuk meminta ikat jamin. Individu lain termasuk pasangan Lin Baoying dan Zhang Ruijin, serta Su Jianfeng.
Individu kelima yang dituduh, Chen Qingyuan, sepatutnya berdepan penilaian ikat jamin pada pagi Rabu, namun ia ditangguhkan selepas dia mendapatkan peguam baharu, dari Drew & Napier, untuk mempertahankannya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.