Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki bunuh ibu & nenek di Commonwealth ditahan bagi tempoh yang tidak pasti

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bunuh ibu & nenek di Commonwealth ditahan bagi tempoh yang tidak pasti

(Gambar: TODAY/Najeer Yusof)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 12:53PM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 12:53PM
SINGAPURA: Seorang lelaki 25 tahun akan ditahan bagi tempoh yang tidak pasti bergantung kepada budi bicara Presiden kerana menyebabkan kematian ibu dan neneknya pada 2019 ketika dia dalam keadaan tidak waras.

Gabriel Lien Goh dibebaskan daripada dua tuduhan membunuh tanpa niat pada Jumaat (23 Sep), atas sebab dia tidak waras.

Hakim memerintah agar dia ditahan di tempat yang selamat di penjara dan supaya kes itu dilaporkan kepada menteri.

Menurut Seksyen 252 Kanun Prosedur Jenayah, menteri boleh mengarahkan agar dia ditahan di institusi psikiatri, penjara atau tempat lain yang sesuai ditahan secara selamat, bergantung kepada budi bicara Presiden.
Goh memakan dua lembar lysergic acid diethylamide (LSD) sebelum menyerang ibu dan neneknya. Dia mengambil lembar kedua kerana "ingin tahu" dan ingin melihat lebih banyak warna-warna psikedelik, kata Timbalan Pendakwa Raya, Timotheus Koh.

Mahkamah mendapati bahawa akibatnya, dia khayal di bawah pengaruh halusinogen.

Dalam perbicaraan awal mahkamah selepas Goh pertama kali didakwa pada 2019, dia memohon maaf kepada saudara maranya dan berkata apa yang berlaku adalah kemalangan dan dia "tidak pernah berniat untuk melakukan perkara itu."
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa