Skip to main content

Singapura

Lelaki buka pintu kereta; sebabkan kematian penunggang motosikal, dijel 2 minggu

Lelaki berusia 36 tahun yang ketika membuka pintu kereta, menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh lalu meninggal dunia, dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada Rabu (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki buka pintu kereta; sebabkan kematian penunggang motosikal, dijel 2 minggu

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 07:59PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 08:46PM

SINGAPURA: Lelaki berusia 36 tahun yang ketika membuka pintu kereta, menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh lalu meninggal dunia, dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada Rabu (15 Ogos).

Penunggang motosikal warga Malaysia berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan yang serius pada bahagian muka disebabkan kemalangan tersebut dan beliau meninggal dunia di hospital pada hari yang sama.

Pada sekitar 9.30 malam pada 22 Februari tahun lalu, Eswaran Balakrishnan duduk di tempat duduk penumpang depan sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat dekat Ang Mo Kio Avenue 3 menuju Ang Mo Kio Avenue 1.

Mahkamah diberitahu bahawa kereta itu dipandu oleh teman wanita. Setelah Eswaran bertengkar dengan teman wanitanya, dia mahu turun daripada kereta tersebut.

Dia membuka dan kemudian menutup pintu kereta berkenaan. Ketika itu, kereta tersebut berada di lorong keempat jalan raya itu, sementara mangsa sedang menunggang motosikalnya antara lorong keempat dan kelima, pada sebelah kiri kereta terbabit.

Apabila motosikal itu berada di sebelah kiri kereta berkenaan, Eswaran membuka pintu kereta buat kali kedua, lalu terkena motosikal tersebut. Ini menyebabkan mangsa terjatuh.

Ahli patologi forensik mengesahkan kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada bahagian kepala yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.

Eswaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita