Lelaki Britain didakwa pasang kamera tersembunyi dalam tandas pesawat Scoot dari Jepun ke SG
Seorang lelaki warga Britain didakwa di mahkamah pada Khamis (5 Nov) kerana disyaki memasang kamera tersembunyi dalam tandas sebuah pesawat Scoot yang dalam penerbangan dari Jepun ke Singapura.
Pesawat Scoot. (Gambar fail: CNA)
- Hugh Lutley, 52, a British national, was charged in Singapore on Nov 5 with outrage of modesty and obstructing justice on Scoot flight TR821 from Osaka to Singapore.
- At about 5.10pm on Oct 7, he allegedly hid a camera in the plane’s toilet and activated it remotely using a phone to record or observe passengers while they were engaged in private activities.
- A crew member found and removed the camera; Lutley was later accused of deleting the related app and images to prevent his actions from being detected.
- He was arrested at Changi Airport and indicated that he intended to plead guilty. He was offered bail of S$10,000, with a pre-trial conference scheduled for Nov 17; possible penalties include imprisonment, a fine or caning.
- Hugh Lutley, 52, warga Britain, didakwa di Singapura pada 5 November atas tuduhan mengintip secara tidak senonoh dan menghalang keadilan dalam penerbangan Scoot TR821 dari Osaka ke Singapura.
- Pada 7 Oktober sekitar 5.10 petang, beliau didakwa menyembunyikan kamera di tandas pesawat dan mengaktifkannya dari jauh melalui telefon untuk merakam atau memerhatikan penumpang ketika melakukan kegiatan peribadi.
- Seorang anak kapal menemui dan mengeluarkan kamera itu; Lutley kemudian didakwa memadam aplikasi serta gambar berkaitan bagi mengelakkan perbuatannya dikesan.
- Beliau ditahan di Lapangan Terbang Changi dan mengisyaratkan hasrat mengaku bersalah, ditawarkan ikat jamin S$10,000, dengan persidangan praperbicaraan pada 17 November; hukuman boleh termasuk penjara, denda atau sebatan.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Britain didakwa di mahkamah pada Khamis (5 Nov) kerana disyaki memasang kamera tersembunyi dalam tandas sebuah pesawat Scoot yang dalam penerbangan dari Jepun ke Singapura.
Hugh Lutley, 52 tahun, dikenakan satu pertuduhan mengintip secara tidak senonoh dan satu lagi pertuduhan menghalang proses keadilan dengan memadamkan bukti.
Lelaki itu dituduh mengendalikan sebuah kamera sekitar pukul 5.10 petang pada 7 Oktober lalu, dengan niat untuk merakam atau memerhatikan penumpang ketika melakukan kegiatan peribadi.
Kejadian itu didakwa berlaku dalam penerbangan Scoot TR821 dari Osaka, Jepun, ke Singapura.
Polis dalam kenyataannya menyatakan bahawa Lutley dipercayai menyembunyikan sebuah kamera dalam salah satu tandas pesawat tersebut.
Selepas meninggalkan tandas itu, dia didakwa mengaktifkan fungsi rakaman kamera berkenaan dari jauh menggunakan aplikasi pada telefon bimbitnya.
Seorang anak kapal yang kemudian menggunakan tandas tersebut menemui kamera tersembunyi itu.
Beliau segera mengeluarkan kamera berkenaan dan memaklumkan penemuan tersebut kepada seorang lagi anak kapal.
SUSPEK DIDAKWA PADAM BUKTI DARIPADA TELEFON BIMBIT
Polis menyatakan bahawa Lutley kemudian cuba mendapatkan semula kamera tersebut, namun mendapati ia sudah dikeluarkan dari tandas berkenaan.
Dia kemudian didakwa memadamkan aplikasi telefon bimbit yang digunakan untuk mengendalikan kamera itu serta semua gambar berkaitan bagi mengelakkan perbuatannya dikesan.
Tindakan tersebut menjadi asas kepada pertuduhan kedua terhadapnya kerana menghalang proses keadilan.
Lutley ditahan untuk siasatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi.
Telefon bimbit dan kamera miliknya turut dirampas.
Di mahkamah pada Khamis (5 Nov), Lutley memaklumkan bahawa dia akan mengaku bersalah.
Dia ditawarkan ikat jamin sebanyak S$10,000, manakala satu persidangan praperbicaraan dijadualkan pada 17 November.
Berdasarkan rekod mahkamah, Lutley diwakili peguam Barry Douglas Delaney dari firma Delaney Advocates & Solicitors.
Jika sabit kesalahan mengintip secara tidak senonoh, Lutley boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda, disebat atau dikenakan gabungan hukuman tersebut.
Bagi kesalahan menghalang proses keadilan pula, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.