Lelaki Britain didakwa kerana tumbuk pengawal keselamatan Roxy Square
Lelaki warga Britain didakwa kerana menumbuk muka seorang pengawal keselamatan di Roxy Square.

Warga Britain Stuart Boyd Mills di luar Mahkamah Negara pada 24 April 2019. (Gambar: Marcus Ramos)
SINGAPURA: Lelaki warga Britain didakwa kerana menumbuk muka seorang pengawal keselamatan di Roxy Square.
Stuart Boyd Mills, berusia 47 tahun, didakwa atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja.
Dia juga didakwa atas tuduhan sengaja menggangu penyelia keselamatan, Andrew Lim.
Insiden berkenaan berlaku selepas tengah malam pada 4 April lalu.
Video yang merakamkan perbuatan lelaki tersebut menjadi tular di media sosial. Rakaman video itu turut menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan bertengkar.
Mills boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum S$5,000 kerana mencederakan Encik Lim.
Jika didapati bersalah kerana mengganggu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan dan dikenakan denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.