Skip to main content

Singapura

Lelaki bersenjata lepaskan tembakan di City Square Mall dalam serangan simulasi

Dua lelaki bersenjata "melepaskan tembakan" ke arah para pelanggan di City Square Mall dalam satu latihan anti-pengganasan hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bersenjata lepaskan tembakan di City Square Mall dalam serangan simulasi

Gambar: SPF

Diterbitkan : 23 Nov 2017 06:11PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 10:10AM

SINGAPURA: Dua lelaki bersenjata "melepaskan tembakan" ke arah para pelanggan di City Square Mall dalam satu latihan anti-pengganasan hari ini (23 Nov).

Ia merupakan simulasi serangan pengganas yang pertama dijalankan di sebuah pusat beli-belah, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media. Ia menambah bahawa matlamat latihan itu adalah untuk menguji kerjasama antara polis, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta para pekedai dan pengawal keselamatan pusat beli-belah itu.

Latihan tersebut yang berlangsung pada sekitar 1.00 pagi turut menguji tindak balas kakitangan keselamatan di pusat beli-belah itu yang bekerjasama dengan polis untuk mengesan lokasi penyerang dan membanteras mereka sementara pegawai SCDF menjalankan operasi menyelamat ringkas ke atas mangsa.

Tindak balas para jurujual kedai dalam membantu pelanggan melarikan diri ataupun mencari tempat berlindung turut diuji, menurut polis.

Menurut polis lagi, sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu juga digunakan untuk mengesan lokasi penyerang dan membantu dalam perlaksanaan latihan itu.

Dalam membuat persediaan bagi latihan itu, City Square Mall menganjurkan latihan SGSecure dan latihan-latihan perancangan untuk melengkapkan kakitangan dan para pekedai dengan kemahiran yang sewajarnya untuk menangani serangan demikian.

Latihan itu membolehkan pusat beli-belah tersebut dan pasukan-pasukan keselamatan menilai rancangan tindak balas dan memperketatkan lagi kerjasama mereka.

SPF menggesa kesemua pemilik bangunan untuk menyemak semula racangan tindak balas mereka, berlatih dan melatih kakitangan dan penjaja mereka untuk meningkatkan persediaan dalam menangani serangan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita