Lelaki berkait penipuan S$3.7 juta didakwa di SG selepas ditahan di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dipercayai melakukan pengubahan wang haram hasil jenayah yang dikaitkan dengan penipuan melibatkan S$3.7 juta terhadap lebih daripada 50 mangsa didakwa di mahkamah pada Jumaat (18 Nov).
Muhammad Tarmidzi Tahir, 33 tahun, diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis selepas diberkas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal bulan ini.
Tarmidzi, warga Singapura, dikenakan lima tuduhan kesalahan seperti membuka akaun bank untuk kegunaan jenayah, memberikan butiran log masuk akaun perbankan Internetnya dan menyerahkan kawalan akaun bank kepada penjenayah.
Dia didakwa membuka akaun bank dengan CIMB Bank Berhad dan Standard Chartered dan kemudian memberikan kawalan akaun bank itu kepada penjenayah.
Menurut kenyataan SPF, Tarmidzi dikaitkan dengan sindiket penipuan rentas negara, yang "dipatahkan" selepas operasi bersama yang dijalankan oleh pegawai polis dari Malaysia dan Singapura.
Sejak Julai tahun ini, kedua-dua pasukan itu berkongsi risikan kritikal dan maklumat antara satu sama lain, berdasarkan dapatan daripada kes penipuan yang dilaporkan.
Siasatan kemudian mengenal pasti sindiket jenayah pengubahan wang haram yang beroperasi di Johor Bahru, Malaysia.
Polis menyerbu apartmen di Johor itu pada 7 November dan memberkas Tarmidzi kerana disyaki terlibat dalam menguruskan pindahan wang rentas sempadan dan pengubahan wang haram.
Ia dikaitkan dengan penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan, penyamaran rakan palsu, penipuan penyamaran rasmi pemerintah dan penipuan pinjaman yang dilaporkan di Singapura.
Terdapat lebih daripada 50 mangsa dalam penipuan berkenaan dengan kerugian lebih S$3.7 juta, menurut SPF dalam kenyataannya.
Pada masa yang sama, para pegawai daripada Perintah Anti Penipuan di Singapura menahan empat orang yang berumur antara 17 dengan 36 tahun, yang disyaki terlibat membantu sindiket pengubahan wang haram dengan menyerahkan akaun bank peribadi mereka atau memberikan akaun Singpass mereka.
Siasatan masih dijalankan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita tersebut.
Tarmidzi ditahan reman bagi membantu siasatan dan akan kembali ke mahkamah minggu hadapan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.