Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki bawa kapak di Stamford Road didakwa & direman di IMH

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bawa kapak di Stamford Road didakwa & direman di IMH

Gambar: YouTube/AstarothGundam

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dilihat membawa sebilah kapak di Stamford Road telah didakwa atas beberapa kesalahan yang dilakukannya pada hari yang sama dan dia kini direman di Institut Kesihatan Mental (IMH).


Manohar Thirunavukkarasu berdepan dengan lapan tuduhan, lima daripadanya disyaki dilakukan pada awal Selasa (11 Apr) semasa dia dilihat dengan kapak itu.

Tiga lagi kesalahan dipercayai dilakukan pada Februari dan Mac, dengan warga Singapura berusia 25 tahun itu dipercayai menceroboh sebuah kondominium, menghantar gambar kemaluannya kepada seorang individu dan memanggilnya seorang pelacur.

Bagi kesalahan yang dilakukan pada 11 April, Manohar berada di Sekolah Perniagaan Lee Kong Chian, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) di Blok 50 Stamford Road, dengan dia disyaki membawa sebilah kapak sepanjang 40.2 sentimeter.

Dia dituduh menampar muka seorang wanita dan menumbuk serta menendang kepala seorang lelaki, sehingga bengkak.

Para pegawai polis kemudian tiba di tempat kejadian. Manohar dituduh menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai awam.

Dia juga dituduh secara agresif menggunakan kekerasan terhadap pegawai awam itu dan menendang kakinya.

Rakaman daripada dalam kenderaan atau dashcam menunjukkan dua pegawai polis mengacukan senjata renjatan mereka ke arah Manohar, yang mencampakkan kapaknya ke tepi jalan dan mengangkat tangannya.

Dia ditahan reman di IMH bagi menjalani pemeriksaan perubatan dan akan dihadapkan ke mahkamah pada hujung bulan ini.

Jika didapati bersalah kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam tanpa tujuan dan sebab yang sah, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan disebat sekurang-kurangnya enam kali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan