Lelaki Bangladesh ditangkap jalan di landasan kereta api Koswe, cuba masuk SG secara haram
Anggaran Waktu Membaca:

Lelaki warga Bangladesh ini ditangkap berjalan di landasan kereta api di Koswe. (Gambar: ICA/Facebook)
SINGAPURA: Para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberkas seorang lelaki warga Bangladesh kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen pada Jumaat (9 Mac). Ini setelah lelaki itu didapati berjalan di landasan kereta api di Koswe.
Pemeriksaan menunjukkan lelaki itu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri yang asli atau dokumen perjalanan, menurut ICA dalam satu catatan Facebook pada Selasa (14 Mac).
"Lelaki itu segera ditahan oleh para pegawai ICA dari Pusat Pemeriksaan Woodlands sebelum dia menimbulkan bahaya keselamatan kepada operasi kereta api," menurut ICA.
"ICA memandang serius percubaan untuk memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram."
Mereka yang disabit kesalahan memasuki Singapura secara haram boleh didenda sehingga S$1,000, dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bulan lalu, ICA menyatakan 57 pendatang haram ditangkap pada 2022 berbanding 56 setahun sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah kes melibatkan individu yang cuba masuk ke Singapura dengan menyamar diri atau menggunakan identiti berbeza melonjak 15 kali lebih tinggi daripada 28 kes pada 2021 kepada 441 tahun lalu.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.