Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki Bangladesh didakwa dalam kes cubaan rompak bersenjata di kedai pajak Boon Lay

Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merompak sebuah kedai pajak di luar stesen MRT Boon Lay minggu lalu, didakwa atas percubaan melakukan rompakan bersenjata hari ini (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2018 12:45PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:48PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merompak sebuah kedai pajak di luar stesen MRT Boon Lay minggu lalu, didakwa atas percubaan melakukan rompakan bersenjata hari ini (3 Ogos).

Sheikh Md Razan, 29 tahun juga didakwa dengan kesalahan mempamerkan senjata api tiruan ketika cuba merompak kedai itu pada 28 Julai. Dia didakwa di mahkamah menerusi sidang video. 

Semasa kejadian sekitar 4.30 petang Sabtu lalu itu, Razan didakwa cuba merompak kedai pajak ValueMax di 301 Boon Lay Way sambil memakai serban merah jambu.

Menurut kertas pertuduhan, Razan didakwa memasuki kedai pajak berkenaan dengan pisau apabila cuba merompak pengurus cawangan kedai itu Ng Yah Ching.

Dia juga didakwa mengacukan objek seakan pistol ke arah Encik Ng, 48 tahun yang menyebabkan beliau ketakutan.

SUSPEK DAKWA "MABUK"

Menerusi penterjemah, Razan memberitahu mahkamah bahawa dia "mabuk ketika itu".

"Yang berhormat, saya tidak menunjukkan pisau atau pistol tetapi hanya menunjukkan mereka bom", tambahnya.

Dia melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang dari kedai pajak itu setelah mencampakkan objek yang didakwa bom, tetapi sebenarnya hanya mengandungi komponen elektrik.

Razan sebelum ini bekerja sebagai pekerja binaan dan tinggal di sini melebihi tempoh sah yang dibenarkan sejak Disember lalu.

Dia ditangkap di Muscat Street di Kampong Gelam, di kawasan tempat tinggalnya, kelmarin.

Jika sabit kesalahan atas percubaan melakukan rompakan bersenjata, dia boleh dipenjara antara dua dan tujuh tahun selain sebatan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Bagi kesalahan mempamerkan senjata api tiruan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya tiga kali.

Kesnya dijangka didengar lagi di mahkamah pada 10 Ogos. 

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan