Lelaki bakal didakwa di mahmakah; serang penumpang bas yang pakai topi lambang Israel
Seorang lelaki berusia 30 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (4 Jun) kerana dipercayai menyerang seorang penumpang bas yang memakai topi dengan lambang Israel.
Seorang lelaki yang digari. (Gambar hiasan: iStock)
Polis menerima panggilan meminta bantuan berhubung satu kes serangan di Rivervale Drive pada pukul 10.40 malam, 27 Oktober 2025, menurut kenyataan polis pada Rabu.
Lelaki itu dituduh merampas topi yang mempunyai lambang Israel daripada seorang penumpang bas berusia 55 tahun sebelum menyerangnya.
“Kedua-dua pihak tidak saling mengenali satu sama lain,” menurut polis.
Lelaki berusia 55 tahun itu mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan perubatan.
Perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Meskipun tidak didakwa, lelaki berusia 55 tahun itu diberi amaran keras atas kesalahan mempamerkan lambang negara asing secara terbuka.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempamerkan atau memakai barangan yang dikaitkan dengan konflik luar negara secara terbuka,” kata polis.
“Mereka juga diingatkan supaya tidak membawa konflik luar negara ke Singapura, dan menzahirkan pandangan mereka secara sah dan bertanggungjawab,” tambah polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.