Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki bakal didakwa atas emel palsu berhubung 'serangan pengganas' NDP 2005

Seorang lelaki berusia 42 tahun akan didakwa kerana mengirimkan emel palsu mengenai serangan pengganas semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2005, menurut polis pada Khamis (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bakal didakwa atas emel palsu berhubung 'serangan pengganas' NDP 2005

Pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2018. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Oct 2018 06:09PM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 06:12PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun akan didakwa kerana mengirimkan emel palsu mengenai serangan pengganas semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2005, menurut polis pada Khamis (4 Okt).

Pada 24 Julai 2005, polis dimaklumkan oleh Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (MICA) pada masa itu mengenai kiriman emel daripada seseorang yang tidak dikenali. Emel itu menyatakan bahawa serangan pengganas akan dilancarkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-40.

Siasatan mendapati bahawa emel itu dikirimkan dari luar negara dan polis berjaya mengenal pasti identiti pengirim itu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (4 Okt).

Pada 26 Mei lalu, suspek melakukan penerbangan dari London ke Singapura dan ditangkap semasa di Lapangan Terbang Changi.

"Siasatan susulan menunjukkan bahawa suspek dipercayai mengirimkan maklumat palsu mengenai serangan pengganas ke MICA untuk mencetuskan kecemasan agar sumber-sumber akan digunakan untuk menyiasat maklumat tersebut," menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa pada Jumaat (5 Okt) kerana memberikan maklumat yang beliau tahu adalah palsu kepada kakitangan awam, iaitu satu kesalahan di bawah Seksyen 182 di bawah Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun dan didenda sehingga S$5,000.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan