Lelaki, anak perempuan 2 tahun terjatuh ke dalam lubang jambatan Paya Simpanan Sungei Buloh
Anggaran Waktu Membaca:

Paya Simpanan Sungei Buloh (Gambar: NParks)
SINGAPURA: Beberapa bahagian di Paya Simpanan Sungei Buloh mungkin akan ditutup buat sementara waktu. Ini menyusuli insiden melibatkan seorang lelaki dan anak perempuannya berusia 2 tahun, yang terjatuh ke dalam lubang di sebatang jambatan ketika hujan lebat.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Lembaga Taman Negara (NParks) pada Rabu (25 Jan) menyatakan pihaknya sedia maklum mengenai insiden tersebut yang menjejas sebuah keluarga pada Isnin (23 Jan).
"Kawasan tersebut sudah ditutup menyusuli insiden itu, dan jurang tersebut juga sudah ditutup selepas air surut," kata Pengarah Kumpulan Pemuliharaan NParks Lim Liang Jim.
"Kami sedang memantau dengan teliti paras air di paya simpanan tersebut dan akan mengambil langkah untuk menutup buat sementara waktu bahagian-bahagian yang terdedah kepada banjir yang berlaku sekali-sekala."
INSIDEN MALANG
Menurut catatan Instagram oleh Bucky Hussain, insiden tersebut dipercayai berlaku pada dirinya dan keluarganya pada Isnin, iaitu hari kedua cuti Tahun Baru Cina.
Keluarga Encik Hussain, yang terdiri daripada dirinya, isteri dan dua orang anak-anaknya - sedang bersiap sedia untuk meninggalkan taman semula jadi tersebut disebabkan hujan lebat antara 11.00 pagi dengan 12.00 tengah hari.
Ketika mereka sedang menlintasi jambatan yang diliputi "3 sehingga 5 sentimeter air", Encik Hussain berkata bahawa dia dan anaknya yang berusia 2 tahun, Ashley, terjatuh ke "dalam lubang yang besar" dan ke dalam air yang "bertukar gelap dan berlumpur".
Mujur, kedua-dua mereka berjaya naik semula ke jambatan tersebut. Dalam hantarannya di Instagram, dia menggambarkan keadaan seolah-olah mereka berdua "nyaris-nyaris lemas".
Lubang tersebut disifatkan Encik Hussain sebagai satu "perangkap maut". Menurutnya, insiden tersebut mungkin menjadi lebih membahayakan jika seorang kanak-kanak atau individu yang lebih tua terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
"TIADA PAPAN TANDA"
Encik Hussain turut mendedahkan bahawa tidak kelihatan mana-mana papan tanda mahupun hadangan, untuk menyatakan bahawa jambatan tersebut rosak. Tambahan pula, air yang berwarna gelap dan berlumpur, menyulitkan para pengunjung untuk membezakan lubang itu daripada baki papan berkenaan yang membentuk jambatan tersebut.
Memandangkan beliau mahu memaklumkan NParks mengenai insiden tersebut, Encik Hussain dan keluarganya menuju ke pusat pelawat, di mana tiada sebarang kakitangan dilihat di sana. Selepas menunggu bagi tempoh masa yang agak lama, isterinya menghubungi talian 995 dan dirujuk kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Respons SCDF kepada panggilan tersebut bagaimanapun mengejutkan Encik Hussain. Menurut beliau, pengendali talian itu memberitahunya bahawa jika beliau memerlukan ambulans kecemasan, beliau sepatutnya "mengemukakannya kepada agensi yang betul".
RESPONS SCDF
Dalam kenyataannya pada Rabu, SCDF menyatakan bahawa ia sudah melaksanakan semakan semula dan para penerima panggilan daripada talian hotline "boleh melakukan lebih baik lagi dalam menguruskan kes itu dengan meyakinkan pemanggil bahawa SCDF akan segera mengambil tindakan susulan berhubung isu tersebut dengan agensi yang relevan".
RESPONS NPARKS
Dalam kenyataan media pada Rabu, NParks menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku di persimpangan pintu yang licin. "Air melimpah semasa kemuncak air pasang, diburukkan lagi dengan hujan lebat yang melimpah ke lantai, sekali gus mendedahkan sebuah jurang," jelas Encik Lim daripada NParks.
Encik Lim berkata bahawa pihak NParks komited dalam melaksanakan beberapa usaha penambahbaikan, sekurang-kurangnya menutup lubang berkenaan sejurus selepas insiden malang itu.
Encik Lim juga menambah dalam kenyataan pada Rabu bahawa NParks sudahpun menghubungi keluarga tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memaklumkan pengunjung lain serta kakitangan NParks mengenai insiden itu untuk mengambil tindakan bagi membetulkannya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.