Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa tumbuk pegawai NEA di Pusat Makanan Redhill

Seorang lelaki berusia 53 tahun akan didakwa pada Jumaat (14 Jan) setelah dia dipercayai menumbuk dua pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang menjalankan pemeriksaan di sebuah pusat penjaja.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 53 tahun akan didakwa pada Jumaat (14 Jan) setelah dia dipercayai menumbuk dua pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang menjalankan pemeriksaan di sebuah pusat penjaja.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis (13 Jan), polis menyatakan ia dimaklumkan kepada satu pergaduhan di Pusat Makanan Redhill pada lewat petang 23 Oktober tahun lalu.

Siasatan mendedahkan dua pegawai NEA tersebut mendapati bahawa lelaki itu belum mengambil vaksin COVID-19. Apabila disoal, lelaki itu mula gelisah dan dikatakan menumbuk kedua-dua pegawai itu.

Bantuan polis didapatkan dan lelaki itu diberkas tidak lama kemudian.

Lelaki itu akan didakwa atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja bagi menghalang seorang pegawai awam daripada menjalankan tugasnya. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda atau disebat.

Dia juga akan didakwa atas kesalahan memasuki pusat makanan tanpa status yang sah di bawah peraturan COVID-19. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 atau dihukum penjara sehingga enam bulan.

"Orang awam dinasihati supaya mengambil serius langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada," menurut polis.

Polis menambah bahawa ia mengambil "pandangan tegas" terhadap tingkah laku kasar terhadap para pegawai awam atau pekerja khidmat awam yang sedang menjalankan tugas masing-masing serta perbuatan tidak bertanggungjawab berkaitan pelanggaran langkah pengurusan selamat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan