Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa sengaja salah tuduh pekerja lesapkan wang

Seorang lelaki berusia 48 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (23 Jun) kerana membuat satu aduan polis yang menuduh secara palsu bahawa seorang pekerja mencuri daripada seorang lagi kakitangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa sengaja salah tuduh pekerja lesapkan wang

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Jun 2021 03:50PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 03:57PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 48 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (23 Jun) kerana membuat satu aduan polis yang menuduh secara palsu bahawa seorang pekerja mencuri daripada seorang lagi kakitangan.

Aduan polis yang dibuat pada 6 Mac lalu menyatakan salah seorang pekerja lelaki menucri wang tunai S$2,800 daripada rakan kerjanya.

Bagaimanapun, para pegawai mendapati percanggahan pada jumlah wang yang dinyatakan oleh pihak-pihak terlibat, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa.

"Ia kemudian didapati bahawa lelaki itu kononnya memberikan maklumat palsu kepada polis kerana dia dipercayai marah kerana pekerja berkenaan telah meletak jawatan secara tiba-tiba dan mahu polis mencari serta menakut-nakutkan pekerja itu," tambah SPF.

Siasatan turut mendedahkan bahawa lelaki itu didakwa menghasut seorang pekerja untuk memberikan keterangan palsu kepada polis bagi menyokong dakwaannya tentang wang tunai yang dicuri, menurut SPF.

Lelaki itu akan didakwa kerana memberikan keterangan palsu kepada seorang penjawat awam dan bersubahat memberikan maklumat palsu kepada seorang kakitangan awam.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Polis juga mengingatkan orang ramai bahawa sumber-sumber polis "boleh dimanfaatkan dengan lebih baik untuk menangani jenayah serta kecemasan sebenar daripada menyiasat aduan palsu atau maklumat palsu".

"Sesiapa yang membuat aduan polis palsu atau memberikan maklumat palsu akan menghadapi akibat yang serius di bawah undang-undang," tegas SPF. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan