Lelaki akan didakwa selepas cetus kebakaran di luar Masjid Moulana Mohamed Ali
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail tukul mahkamah. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
Man to be charged after starting fire outside Masjid Moulana Mohamed Ali
- A 50-year-old man will be charged on Saturday, Sep 26, for allegedly starting a fire outside Masjid Moulana Mohamed Ali at 80 Raffles Place.
- The incident was reported at about 9pm on Friday at the mosque, which is located in the basement of UOB Plaza One in Singapore's CBD, the police said.
- Authorities said the suspect placed an oil can at the entrance, set fire to the clothes inside it, and then left the scene.
- The fire was put out by members of the public and no one was injured, while the police arrested the suspect within three hours and seized a lighter as evidence.
- Seorang lelaki berusia 50 tahun akan didakwa pada Sabtu, 26 Sep, kerana disyaki mencetuskan kebakaran di luar Masjid Moulana Mohamed Ali, 80 Raffles Place.
- Menurut SPF, kejadian dilaporkan sekitar 9.00 malam Jumaat di masjid yang terletak di tingkat bawah tanah UOB Plaza One, CBD Singapura.
- Pihak berkuasa berkata suspek meletakkan tin minyak di pintu masuk, membakar pakaian dalam di dalamnya, lalu meninggalkan lokasi.
- Kebakaran dipadamkan orang awam tanpa kecederaan, manakala SPF menahan suspek dalam tiga jam dan merampas pemetik api sebagai bukti.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (26 Sep) kerana disyaki mencetuskan kebakaran di luar sebuah masjid di daerah pusat bandar (CBD) Singapura.
Dalam kenyataan medianya, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di luar sebuah masjid di 80 Raffles Place sekitar pukul 9.00 malam pada Jumaat. Alamat itu adalah lokasi Masjid Moulana Mohamed Ali, yang terletak di tingkat bawah tanah UOB Plaza One.
Pihak berkuasa mendapati seorang lelaki meletakkan sebuah tin minyak di pintu masuk masjid sebelum membakar sehelai pakaian dalam yang diletakkan di dalam tin tersebut.
Suspek, yang menurut polis berbangsa Cina, kemudian meninggalkan lokasi.
“Kebakaran itu dipadamkan oleh orang awam dan tiada kecederaan dilaporkan,” menurut SPF.
Para pegawai SPF memberkas lelaki itu dalam tempoh tiga jam selepas aduan dibuat dan merampas sebuah pemetik api sebagai bahan bukti kes.
Jika didapati bersalah kerana menyebabkan atau menyumbang kepada risiko kebakaran berbahaya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.