Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa menceroboh, rosakkan patung di gereja Hougang

Seoang lelaki berusia 37 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah menceroboh dan merosakkan sebuah patung di sebuah gereja.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa menceroboh, rosakkan patung di gereja Hougang

Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary di Hougang. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 10:45AM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 10:48AM

SINGAPURA: Seoang lelaki berusia 37 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah menceroboh dan merosakkan sebuah patung di sebuah gereja.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (20 Nov).

Polis menerima aduan pada 12 November sekitar pukul 10.50 pagi bahawa sebuah patung di pekarangan gereja yang terletak di Upper Serangoon Road dirosakkan.

Dalam jawapannya kepada Mediacorp, polis mengesahkan bahawa gereja yang terjejas itu adalah Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary di Hougang.

Pada minggu lalu, gereja itu menyatakan sebuah patung yang berada di pekarangannya didapati dirosakkan.

Menerusi siasatan dan gambar-gambar daripada kamera-kamera litar tertutup, para pegawai polis Divisyen Ang Mo Kio mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya pada Rabu (18 Nov).

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas kesalahan menceroboh dan merosakkan rumah ibadat dengan niat menghina agama di bawah Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah menceroboh, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga $1,500 atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah merosakkan rumah ibadat dengan niat menghina agama, dia mungkin dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Polis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan lelaki tersebut di Institut Kesihatan Mental.

"Polis tidak menerima perbuatan menghina keharmonian agama di rumah-rumah ibadat di Singapura dan pesalahnya akan ditangani dengan tegas di bawah undang-undang," menurut SPF.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan