Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa membunuh dalam kes kematian wanita di Pusat Makanan Maxwell

"Pada 7 Sep 2024, jam 1.36 pagi, lelaki itu ditangkap di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East selepas dia memaklumkan pegawai di situ bahawa dia telah menikam seorang wanita," kata SPF dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa membunuh dalam kes kematian wanita di Pusat Makanan Maxwell

Pusat Makanan Maxwell. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 07 Sep 2024 04:02PM Dikemas Kini : 07 Sep 2024 04:11PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditangkap dan akan didakwa atas tuduhan membunuh kerana menikam mati seorang wanita 48 tahun di Pusat Makanan Maxwell, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (7 Sep).

"Pada 7 Sep 2024, jam 1.36 pagi, lelaki itu ditangkap di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East selepas dia memaklumkan pegawai di situ bahawa dia telah menikam seorang wanita," kata SPF dalam satu kenyataan media.

“Sebaik menerima maklumat, anggota polis dihantar ke pusat makanan di Kadayanallur Street, dan menemui wanita berusia 48 tahun itu terbaring tidak bergerak.

"Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di (tempat kejadian). Siasatan awal mendapati kedua-dua pihak saling mengenali satu sama lain."

Pusat Makanan Maxwell terletak di 1 Kadayanallur Street.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh pada Ahad dan berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan