Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa kerana tolak, tumbuk pegawai pemeriksaan suhu di Pusat Borong Pasir Panjang

Seorang lelaki 26 tahun yang dituduh menolak dan menumbuk seorang pegawai pemeriksa suhu badan di Pusat Borong Pasir Panjang akan didakwa di mahkamah esok (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa kerana tolak, tumbuk pegawai pemeriksaan suhu di Pusat Borong Pasir Panjang

Lelaki akan didakwa kerana tolak, tumbuk pegawai pemeriksaan suhu di Pusat Borong Pasir Panjang (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 22 Mar 2021 10:10PM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 10:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 26 tahun yang dituduh menolak dan menumbuk seorang pegawai pemeriksa suhu badan di Pusat Borong Pasir Panjang akan didakwa di mahkamah esok (23 Mac).

Insiden itu berlaku pada 30 September apabila lelaki berkenaan memandu ke tempat pemeriksaan suhu di pusat tersebut, menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (22 Mac).

"Lelaki itu tidak memakai pelitup semasa bercakap dengan pegawai pemeriksaan itu, yang menasihatkannya supaya memakai pelitup sebelum meneruskan pemeriksaan," menurut polis.

Dia dikatakan sengaja tidak mahu mematuhi arahan dan membuka pintu kenderaannya, sekaligus terkena paha pegawai berkenaan.

Menurut polis, lelaki itu kemudian keluar daripada kenderaannya dan "terlibat dalam pertikaian" dengan pegawai itu.

Dia didakwa menolak pegawai berkenaan sebanyak dua kali dan menumbuknya.

"Polis memandang serius penderaan ke atas pegawai yang dikerahkan bagi tugas berkaitan COVID-19, termasuk pegawai pemeriksaan suhu," menurut polis.

"Orang ramai harus bekerjasama dan mematuhi arahan pegawai sedemikian, yang menjalankan tugas penting untuk memastikan kita dan masyarakat kita selamat."

Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan sengaja mengakibatkan kecederaan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan