Lelaki akan didakwa kerana buat ancaman bom palsu dalam pesawat
Anggaran Waktu Membaca:
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Changi Airport Group)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun akan didakwa pada Khamis (5 Jun) mengenai ancaman bom palsu yang didakwa dilakukan ketika dalam penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Changi.
Pada 14 Februari lalu, polis dimaklumkan pada kira-kira pukul 7.20 malam kepada satu catatan media sosial yang mengandungi ancaman untuk meletupkan sebuah pesawat.
Melalui siasatan lanjut, para pegawai dari Divisyen Polis Lapangan Terbang berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut dalam masa sejam selepas catatan itu dimuat naik dan mengesahkan dia dalam penerbangan ke Abu Dhabi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media pada Rabu.
"Pesawat itu yang sudah pun mula bergerak di landasan dan akan berlepas, diarah berpatah balik ke Terminal 2 Lapangan Terbang Changi di mana lelaki itu diberkas," menurut SPF.
Siasatan mendedahkan dia dipercayai menulis catatan yang berbunyi "tiada seorang pun tahu yang saya akan meletupkan pesawat ini" di akaun media sosialnya, selepas dia menaiki pesawat tersebut.
"Lelaki itu didapati tidak mempunyai sebarang kaedah untuk melaksanakan ancamannya itu, kerana tiada barang ancaman ditemui bersamanya," menurut polis.
Lelaki itu akan didakwa atas kesalahan menyampaikan maklumat palsu mengenai perkara berbahaya di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan,
Jika sabit bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga $50,000 atau kedua-duanya sekali.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.