Skip to main content

Singapura

Lelaki akan didakwa di mahkamah; guna pedang untuk serang orang, 5 kereta di Buangkok

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa di mahkamah; guna pedang untuk serang orang, 5 kereta di Buangkok

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 15 Mar 2022 08:08AM Dikemas Kini : 15 Mar 2022 10:17AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa menghayunkan sebilah pedang, terhadap seorang individu dan lima kereta di Buangkok akan didakwa di mahkamah pada Rabu (16 Mac). 

Demikian menurut polis lewat Isnin malam. 

Polis menerima banyak panggilan pada kira-kira 1.56 petang Isnin (14 Mac) tentang seorang lelaki yang menghayunkan pedang di sekitar Buangkok Crescent dan menghalang laluan trafik. 

"Siasatan awal menunjukkan lelaki tersebut dipercayai makan pil yang tidak diketahui sebelum meninggalkan rumahnya dengan pedang itu," menurut polis dalam satu kenyataan media. 

Dia "bergaduh" seketika dengan anggota masyarakat di lobi lif blok HDB tempat tinggalnya dan menyeberangi jalan sebelum menggunakan pedang tersebut untuk menghentak lima kereta yang lalu di situ. 

Di simpang trafik depan Pusat Beli-Belah Buangkok Square, lelaki itu didakwa menghayunkan senjatanya ke arah seorang lagi lelaki. 

Anggota masyarakat lain tampil dan membantu menahan lelaki tersebut sebelum polis tiba. 

Seorang lelaki mengalami "dua luka kelar yang tidak dalam" pada lengan kirinya dan dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri, manakala lagi seorang lelaki mengalami kesan melecet di lutut kiranya. 

Polis menggeledah tempat tinggal suspek dan menemui dua bungkusan pil berwarna kuning. 

"Siasatan awal menunjukkan kejadian tersebut bukan tindakan pengganasan," menurut polis. 

"Lelaki tersebut didapati pernah melakukan beberapa kesalahan, termasuk bertindak ganas. Dia pernah ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan didiagnos dengan gangguan penyalahgunaan bahan," tambah polis. 

"Lelaki itu dibebaskan dari penjara pada 30 Julai 2020 selepas menjalani hukuman sembilan bulan dan dua minggu  bagi pelbagai kesalahan, termasuk bertindak ganas dan kesalahan terhadap penjawat awam." 

Dia akan didakwa di mahkamah pada Rabu (15 Mac) atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan cara atau senjata  berbahaya. 

Polis juga memuji anggota masyarakat yang membantu menahan suspek. Mereka akan diberikan anugerah semangat kebajikan masyarakat, tambah polis. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita