Lelaki akan didakwa di bawah POFMA kerana hasut niat jahat antara kaum, sebar kepalsuan melalui video TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (11 Mac) berhubung empat video yang dimuat naik ke TikTok antara 2023 dengan 2025,
menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pejabat POFMA pada Selasa (10 Mac).
Video tersebut mempunyai kandungan yang menghasut niat jahat antara kaum yang berbeza serta kenyataan fakta palsu, menurut SPF dan Pejabat POFMA dalam satu kenyataan media bersama.
Dia akan didakwa atas dua tuduhan fitnah dan satu tuduhan cuba mempromosikan atas alasan kaum, perasaan niat jahat antara kumpulan kaum yang berbeza, serta tiga tuduhan menyampaikan kenyataan fakta palsu di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).
"Dalam satu video yang dimuat naik pada 26 Ogos 2025 di akaun TikToknya, lelaki itu membuat kenyataan yang menghasut niat jahat antara masyarakat Cina dengan kumpulan kaum lain di Singapura," menurut polis dan Pejabat POFMA.
"Video itu juga menyatakan bahawa pemerintah menggunakan wang dan sumbernya untuk memupuk pemimpin hanya daripada kaum Cina – iaitu satu kenyataan yang palsu.
"Lelaki itu juga membuat kenyataan yang memfitnah pelbagai pegawai awam secara jenayah."
Lelaki itu sebelum ini pernah memuat naik video ke TikTok pada 17 Julai 2023, dan 12 Ogos 2023, yang mengandungi kenyataan fakta palsu.
Pada 2024, dia diberikan amaran bersyarat selama 24 bulan oleh polis dan Pejabat POFMA berhubung video-video tersebut.
"Amaran bersyarat itu memerlukannya supaya elakkan daripada melakukan sebarang tingkah laku jenayah dalam tempoh yang ditetapkan," menurut SPF dan Pejabat POFMA.
"Memandangkan dia melanggar amaran bersyarat setelah didakwa melakukan kesalahan daripada video yang dimuat naik pada 26 Ogos 2025, dia kini juga didakwa atas kesalahan daripada video-video yang dimuat naik pada 2023."
Dalam video yang dimuat naik pada 17 Julai, lelaki itu berkata pemerintah boleh mengesan undi bagi menghukum para pengundi.
Dalam video yang dimuat naik pada 12 Ogos, lelaki itu berkata tiada sesiapa pun dalam kalangan pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan dana CPF untuk membayar semula pinjaman Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) sudah memenuhi sama ada Jumlah Asas Persaraan atau Jumlah Persaraan Penuh dalam akaun CPF mereka.
"Kenyataan itu adalah palsu," menurut SPF dan Pejabat POFMA.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.