Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa cabul wanita, bawa tukul dan pisau lipat ketika ditangkap

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki, 47 tahun, akan didakwa di mahkamah selepas dia dituduh mencabul seorang wanita. Dia kemudian juga didapati membawa tukul dan pisau lipat bersamanya, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Ahad (27 Mac).

Polis pada petang semalam menerima satu laporan bahawa seorang wanita dicabul lelaki yang tidak dikenali di dalam lift sebuah blok flat di Ghim Moh Link.

Lelaki itu ditangkap pada hari yang sama selepas pegawai dari Divisyen Polis Clementi melakukan operasi memburu suspek dengan bantuan gambar daripada kamera polis.

Lelaki itu kemudian didapati membawa tukul dan pisau lipat.

Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu dipercayai turut terlibat dalam satu lagi kes mencabul kehormatan yang dilaporkan pada Khamis (24 Mac) di Telok Blangah Crescent.

Lelaki itu akan didakwa pada Isnin (28 Mac) atas kesalahan mencabul kehormatan yang teruk.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara tiga hingga 10 tahun serta sebatan rotan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan