Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa bunuh wanita menyusuli kejadian tikaman di Jurong East

Seorang lelaki 35 tahun akan didakwa atas pembunuhan seorang wanita 34 tahun yang ditemui dengan beberapa luka tikaman di sebuah kolong blok HDB di Jurong East.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa bunuh wanita menyusuli kejadian tikaman di Jurong East

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 17 Feb 2021 02:20PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 02:22PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 35 tahun akan didakwa atas pembunuhan seorang wanita 34 tahun yang ditemui dengan beberapa luka tikaman di sebuah kolong blok HDB di Jurong East.

Polis menyatakan pada Rabu (17 Feb) pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Jurong East Street 32 pada sekitar 11.55 malam pada Selasa.

Setibanya para pegawai di sana, mereka menemui seorang wanita terbaring tidak bergerak di kolong blok 308 Jurong East Street 32.

Wanita itu dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, di mana beliau kemudian disahkan meninggal dunia pada sekitar 1.30 pagi pada Rabu.

Polis menyatakan mereka telah menahan lelaki itu kerana "disyaki terlibat dalam pembunuhan", sambil menambah bahawa siasatan awal mendapati lelaki dan wanita itu mengenali satu sama lain.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada 12.05 pagi Rabu, dan membawa dua orang ke Hospital Besar Ng Teng Fong.

Lelaki itu akan dikenakan dakwaan membunuh pada Khamis dan menghadapi hukuman gantung jika didapati bersalah.

Siasatan polis masih sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan