Skip to main content

Singapura

Lelaki akan didakwa bunuh isterinya di Capri by Fraser China Square

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa bunuh isterinya di Capri by Fraser China Square

Beberapa kenderaan polis berhampiran Capri by Fraser China Square di 181 South Bridge Road menyusuli kes disyaki pembunuhan pada 24 Oktober 2025. (Gambar: CNA/Noah Kong)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 41 tahun akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (25 Okt) atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 38 tahun yang ditemui maut di sebuah bilik hotel di South Beach Road.

Mediacorp difahamkan bahawa hotel itu ialah Capri by Fraser China Square di 181 South Bridge Road.

Polis menyatakan pada Jumaat (24 Okt) bahawa suspek ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Pihaknya menambah bahawa lelaki itu pergi ke Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East sekitar pukul 7.40 pagi bagi memaklumkan kepada pegawai bahawa dia membunuh isterinya.

“Setelah menerima maklumat tersebut, para pegawai polis telah dikerahkan ke sebuah hotel di South Bridge Road dan menemui wanita berusia 38 tahun itu terbujur kaku di dalam bilik hotel.

“Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.”

Kesalahan membunuh membawa hukuman mati.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita