Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa, buat 'ancaman, komen tidak sensitif' terhadap golongan Muslim

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang didakwa membuat "komen tidak sensitif dan ancaman" terhadap masyarakat Muslim di Instagram akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa, buat 'ancaman, komen tidak sensitif' terhadap golongan Muslim

Gambar fail

Diterbitkan : 19 Dec 2021 03:55PM Dikemas Kini : 19 Dec 2021 04:36PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang didakwa membuat "komen tidak sensitif dan ancaman" terhadap masyarakat Muslim di Instagram akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (20 Dis).

Dia akan didakwa kerana memuat naik catatan di Instagram Story "dengan niat sengaja menyakiti perasaan keagamaan orang lain", menurut polis dalam satu kenyataan media pada Ahad (19 Dis).

Polis menyatakan antara 7 hingga 8 Jun 2020, ia menerima "banyak laporan" tentang seorang pengguna Instagram yang menulis "komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh mencetus keganasan terhadap masyarakat Muslim".

Catatan itu juga mengandungi komen berbaur kebencian yang boleh menyakiti perasaan keagamaan, menurut polis.

Merusi siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti lelaki itu lalu meangkapnyapada 8 Jun 2020. Satu sebuah komputer riba, sebuah lagi komputer dan telefon bimbit dirampas.

Jika sabit kesalahan sengaja berniat menyakiti perasaan keagamaan mana-mana individu, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Polis menyatakan lelaki itu juga menghadapi dua lagi tuduhan tidak berkaitan, termasuk satu tuduhan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan kerana "melakukan komunikasi menghina". Dia boleh didenda hingga S$5,000 jika didapati bersalah.

Satu lagi tuduhan adalah kerana memiliki filem lucah, di mana dia boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$20,000.

"Polis memandang serius perbuatan yang berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Singapura," menurut polis.

"Sesiapa yang membuat komen atau mengambil tindakan yang boleh menimbulkan niat jahat dan permusuhan antara pelbagai kaum atau agama akan dikenakan dengan tegas."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan