Lelaki akan didakwa atas wang kertas S$10,000 palsu
Anggaran Waktu Membaca:

Nota S$10,000 palsu dirampas polis. (Foto: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki akan didakwa pada Khamis (23 Jan) kerana disyaki terlibat dalam menghantar wang kertas palsu S$10,000, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Rabu (22 Jan).
Lelaki berusia 36 tahun itu berada di sebuah bank yang terletak di Upper Cross Street pada sekitar pukul 12.00 tengah hari pada 23 Dis 2024, apabila dia dipercayai menyerahkan wang kertas S$10,000 kepada seorang kakitangan kaunter dan meminta agar wang itu dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Pekerja bank itu mengesyaki wang kertas itu palsu dan memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus bank berkenaan, menurut polis.
Polis memberkas lelaki itu, dengan wang kertas palsu itu dirampas untuk siasatan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berhenti mengeluarkan wang kertas S$10,000 pada 1 Okt 2014, tetapi wang kertas S$10,000 sedia ada masih sah.
Hukuman kerana menyerahkan wang kertas palsu sebagai tulen ialah hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
“Polis memandang serius terhadap sesiapa sahaja yang didapati terlibat dalam jenayah mata wang palsu,” tegas polis.
Polis juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menawarkan wang sebagai ganjaran untuk mendapatkan bantuan menukar wang kertas palsu S$10,000 atau mata wang denominasi besar lain dengan mata wang tulen denominasi lebih kecil, atau untuk mendepositkan wang kertas tersebut dalam bank atau institusi kewangan lain.
Maklumat mengenai ciri keselamatan mata wang Singapura tulen boleh didapatkan di laman web MAS.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.