Lelaki akan didakwa atas tuduhan miliki pas pekerja dan alat cop palsu
Anggaran Waktu Membaca:
Pas pekerja palsu ditemui pada seorang lelaki Malaysia berusia 23 tahun pada 11 Ogos 2026. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
- Seorang lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana memiliki pas pekerja palsu dan alat cop menyerupai lambang rasmi.
- Pemeriksaan polis mendapati lelaki itu tidak pernah bekerja dengan mana-mana organisasi yang tertera pada pas palsu tersebut.
- Lelaki itu akan didakwa pada 13 Ogos atas kesalahan membuat atau memiliki alat palsu dengan niat melakukan pemalsuan, yang boleh membawa hukuman penjara dan denda.
- Polis menasihatkan orang awam supaya sentiasa menyemak ketulenan dokumen dan syarikat sebelum melabur serta melaporkan sebarang maklumat penipuan kepada pihak berkuasa.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun akan didakwa pada Khamis (13 Ogos) kerana memiliki pas pekerja palsu serta alat cop yang menyerupai lambang Mahkamah Agung dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Lelaki itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa (11 Ogos) selepas diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut di dewan ketibaan bas.
Semasa pemeriksaan, beberapa pas pekerja palsu yang memaparkan gambar lelaki itu ditemui padanya, menurut polis dalam kenyataan media.
"Siasatan mendapati lelaki itu tidak pernah bekerja dengan mana-mana pertubuhan yang pasnya ditemui pada lelaki terbabit," kata polis.
"Pas palsu dan alat yang menyerupai instrumen rasmi sedemikian merupakan taktik yang lazim digunakan penipu untuk memberikan kredibiliti kepada operasi mereka, sekali gus memperdaya mangsa supaya percaya bahawa mereka berurusan dengan wakil pertubuhan yang sah."

Lelaki itu akan didakwa pada Khamis kerana membuat atau memiliki alat palsu dengan niat melakukan pemalsuan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.
Polis menasihatkan orang awam supaya membuat semakan terhadap syarikat, pemilik, pengarah dan pengurusan mereka sebelum melabur, serta mengesahkan kelayakan syarikat dan wakil mereka menggunakan sumber di laman web Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Orang awam juga dinasihatkan supaya mengesahkan ketulenan perintah mahkamah melalui portal 'Authentic Court Orders' dan dokumen mahkamah melalui saluran hubungan rasmi yang disenaraikan di laman web Mahkamah Singapura.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan boleh menghubungi polis menerusi talian 1800 255 0000 atau membuat laporan secara online.
"Semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya," tambah polis.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.