Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki acu pisau yang ditembak polis di Clementi mengaku bersalah

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki acu pisau yang ditembak polis di Clementi mengaku bersalah

(Gambar: sgkaypohlah/Facebook)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditembak polis kerana menyerang beberapa orang secara rambang dengan pisau dan menerjah ke arah pegawai pada Februari lalu di Clementi, mengaku salah di mahkamah pada Selasa (27 Sep) atas kesalahan menggunakan kekerasan.

Soo Cheow Wee, 50 tahun, mengaku bagi empat tuduhan terhadapnya termasuk menyebabkan kecederaan dengan menggunakan instrumen memotong, melakukan ugutan jenayah dan mencederakan seorang pegawai awam untuk menghalangnya daripada menjalankan tugas. Empat lagi tuduhan akan diambil kira dalam menentukan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Soo telah pergi ke Geylang pada pagi 17 Feb dan minum ubat batuk serta makan ubat diazepam tanpa preskripsi doktor.

Dia pulang ke rumah ibunya di Clementi dan kemudian menghubungi polis dan berkata ada seseorang yang mahu membunuhnya dan ibunya.

Dia kemudian mengambil pisau, membungkusnya dengan surat khabar dan meninggalkan unit itu. Soo berlegar-legar di sepanjang kaki lima di Clementi, mendakwa ada suara yang memberitahunya untuk menyasarkan orang awam secara rambang.

Pada Selasa, dia juga mengaku bersalah menumbuk pegawai Aetos pada Jun 2019.

Hakim menangguhkan hukumannya dan meminta laporan bagi menilai sama ada Soo sesuai untuk menjalani latihan pemulihan.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan