Lelaki 88 tahun maut selepas kebakaran flat Race Course Road
Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran berlaku di sebuah unit tingkat lima Blok 684 Race Course Road pada 3 Ogos 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 88 tahun meninggal dunia dua hari selepas kebakaran berlaku di sebuah flat tingkat lima di Race Course Road.
Polis dalam kemas kini pada Rabu (5 Ogos) menyatakan lelaki itu antara lima mangsa berusia antara 55 dengan 88 tahun yang dibawa ke hospital selepas kebakaran di Blok 684 Race Course Road pada Isnin (3 Ogos).
Lelaki tersebut tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital dan meninggal dunia pada Rabu.
Pasukan kecemasan yang tiba di lokasi mendapati sebuah bilik tidur di unit berkenaan terbakar dan beberapa orang terperangkap di dalamnya.
Pegawai polis terpaksa memecah masuk ke dalam flat yang berkunci dan menyelamatkan seorang wanita.
Tidak lama kemudian, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyelamatkan empat lagi mangsa.
Tiga daripada lima mangsa yang diselamatkan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sekitar 50 penduduk blok tersebut dipindahkan semasa operasi dijalankan.
Kebakaran dipadamkan menggunakan satu jet air.
Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan.
Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas satu lagi kebakaran di Clementi meragut satu nyawa dan mencederakan dua anggota bomba.
Dalam kejadian di Blok 309 Clementi Avenue 4 itu, SCDF mendapati sistem sesalur naik kering tidak berada dalam keadaan baik.
Keadaan itu menyebabkan anggota bomba terpaksa membawa hos naik lapan tingkat untuk memadamkan kebakaran.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.