Skip to main content

Singapura

Lelaki 88 tahun didakwa bunuh wanita 74 tahun di flat Bukit Panjang

Ridawi Morsudin yang duduk di kerusi roda, hadir di mahkamah menerusi hubungan video dari tempat tahanannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki 88 tahun pada Khamis (6 Jun) didakwa membunuh seorang wanita berusia 74 tahun.

Ridawi Morsudin dikenakan satu pertuduhan membunuh Cik Aminah Abdul antara 6.40 petang pada 4 Jun dan 12.58 pagi pada 5 Jun di sebuah flat di tingkat tiga Blok 137, Petir Road.

Dia hadir di mahkamah menerusi  hubungan video dari tempat tahanannya, dengan duduk di kerusi roda.

Pihak pendakwaan memohon agar dia ditahan lagi untuk penilaian psikiatri bagi "memastikan sama ada dia menyedari betapa beratnya kesalahan itu", dan untuk mengetahui sama ada dia mempunyai sebarang masalah mental yang mengurangkan kesalahannya.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka dimaklumkan mengenai panggilan meminta bantuan di sebuah unit di Petir Road di Bukit Panjang pada kira-kira 1 pagi Rabu.

Pegawai mendapati wanita itu terbaring tidak bergerak di dalam unit berkenaan dan paramedik mengesahkan beliau sudah meninggal dunia.

Ridawi ditahan di tempat kejadian.

Jika disabitkan kesalahan membunuh, dia boleh menghadapi hukuman mati.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita