Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 86 tahun dipenjara 15 tahun; bunuh pasangan dalam serangan 'sangat kejam'

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 86 tahun dipenjara 15 tahun; bunuh pasangan dalam serangan 'sangat kejam'

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 86 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada Isnin (22 Mei) selepas mengaku membunuh pasangannya pada 2019.
Pak Kian Huat menetak Cik Lim Soi Moy, 79 tahun, menggunakan parang sehingga mati di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang mereka kongsi selepas berlaku pertengkaran mengenai aturan bilik mereka.

Pak mengaku bersalah atas satu tuduhan membunuh tanpa niat, selepas diubah daripada tuduhan asal membunuh.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim See Kee Oon berkata serangan ke atas mangsa "disengajakan dan sungguh ganas serta kejam".

Pada sesi perbicaraan sebelum ini pada September tahun lalu, pengakuan bersalah Pak tidak diterima selepas dia membuat beberapa bantahan terhadap kenyataan fakta pendakwa.
Pada Isnin, Pak yang memberi keterangan melalui jurubahasa Mandarin, mengaku tanpa membantah kenyataan fakta dan tidak membangkitkan sebarang bantahan dari kandang saksi.

Hukuman bagi kesalahan membunuh tanpa niat ialah penjara seumur hidup serta sebatan rotan, atau penjara sehingga 20 tahun dengan denda atau sebatan rotan.

Pesalah berusia 50 tahun ke atas tidak boleh dirotan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan