Lelaki 85 tahun akan didakwa atas catatan hina Islam di Facebook
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 85 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (26 Feb) atas catatan Facebook yang mengandungi komen-komen yang menyinggung tentang Islam, menurut polis pada Selasa (25 Feb).
Pada 21 Apr 2021, lelaki itu memuat naik semula petikan skrin catatan Facebook yang menyinggung daripada lima tahun sebelum itu. Polis menerima aduan mengenai catatan tersebut pada 29 Jun dan 30 Jun 2021.
"Lelaki itu meninggalkan Singapura pada Januari 2022 ketika siasatan polis sedang dijalankan dan hanya pulang ke Singapura pada Oktober 2024," dedah polis.
Dia akan didakwa dengan tuduhan melukakan perasaan kaum lain dengan sengaja. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Polis menegaskan bahawa pihaknya "memandang serius terhadap tindakan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di Singapura".
"Sesiapa sahaja yang membuat kenyataan atau bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau kumpulan agama yang berbeza di Singapura akan dihukum dengan tegas," tambah pihak polis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.