Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 81 tahun didenda buka rumah urut tanpa lesen, gagal halang pekerja tawar khidmat seks

Seorang lelaki berusia 81 tahun didenda S$18,000 hari ini (21 Jul) kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal menghalang pekerjanya daripada menawarkan khidmat-khidmat seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 81 tahun didenda buka rumah urut tanpa lesen, gagal halang pekerja tawar khidmat seks

Gambar khidmat urut (Gambar: Unsplash/Conscious Design)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 04:04PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 04:10PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 81 tahun didenda S$18,000 hari ini (21 Jul) kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal menghalang pekerjanya daripada menawarkan khidmat-khidmat seksual.

Too Seng San mengaku bersalah atas dua tuduhan: Kerana mengendalikan Tai Kang Yang Seng TCM Therapy di Blok 201 Hougang Street 21 pada 17 April tahun lalu sedangkan dia tidak mempunyai lesen yang sah untuk menyediakan khidmat urut; dan kerana gagal memastikan pekerjanya tidak menawarkan khidmat seksual.

Dua tuduhan lain termasuk menjalankan perniagaan ketika kedainya tidak dibenarkan melakukan sedemikian semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19, turut diambil kira dalam menjatuhkan hukuman hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Too adalah pemilik tunggal perniagaan itu dan mengunjungi kedai secara berkala untuk mengutip keuntungan. Dia mempunyai empat pekerja wanita, semua warga China berusia antara 33 hingga 42 tahun.

Sekitar pukul 12.15 tengah hari pada 17 April 2020, ketika tiada orang yang dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk tujuan yang tidak penting, Cheow Jie Min Samuel, 32 tahun, memasuki kedai melalui pintu belakang.

Dia bertanya sama ada khidmat urut ditawarkan, lalu seorang tukang urut berusia 34 tahun membawanya ke tempat mandi di tingkat satu. Setelah Cheow mandi, dia ke bilik peribadi di mana tukang urut itu mengurutnya.

Wanita tersebut kemudian menawarkan khidmat seksual kepada Cheow pada harga S$100, kata Timbalan Pendakwa Raya Sean Teh. Cheow bersetuju, lalu tukang urut tersebut melakukan khidmat tersebut.

Pada pukul 12.47 tengah hari pada hari yang sama, seorang wanita menelefon polis dan berkata: "Ini adalah kali kedua dan ketiga saya menelefon. Saya percaya bahawa rumah urut ini sedang beroperasi di tengah tempoh pemutus rantaian. Saya melihat beberapa pelanggan...datang keluar masuk ke kedai melalui pintu masuk belakang. Tolong hantar polis sekarang. "

Polis tiba tidak lama kemudian dan menemui Cheow di rumah urut itu dan empat tukang urut. Terdapat tiga bilik dengan tabir dipasang, masing-masing menempatkan katil urut, menurut mahkamah.

Too pernah disabit kesalahan pada Julai 2019 atas kesalahan serupa dan boleh dikenakan hukuman yang lebih tinggi, kata pendakwa raya.

Dalam kejadian itu, kegiatan maksiat juga didapati dijalankan di rumah urut Too, yang dipanggil Monte Aesthetic. Seorang tukang urut di kedai itu menawarkan khidmat seksual kepada seorang lelaki dengan harga S$80.

Atas kesalahan menyediakan khidmat urut tanpa lesen di bawah Akta Rumah Urut, Too boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda hingga S$20,000, atau kedua-duanya.

Atas kesalahan gagal memastikan pekerjanya tidak memberikan khidmat seksual di kedainya, dia boleh dikenakan denda hingga S$5,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan