Lelaki 73 tahun dipenjara kerana cabul 4 pramugari SIA dalam penerbangan
Seorang lelaki berusia 73 tahun yang mencabul empat pramugari dalam penerbangan Singapore Airlines dari San Francisco ke Singapura dihukum penjara sembilan bulan pada Rabu (2 Apr).
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
Balasubramanian Ramesh mengaku bersalah terhadap empat tuduhan mencabul.
Lagi tiga tuduhan mencabul diambil kira dalam menentukan hukumannya.
Menurut dokumen mahkamah, Balasubramanian mencabul salah seorang mangsa sebanyak empat kali dan menyasarkan lagi tiga wanita itu kerana dia mendapati mereka "menarik".
Kesemua mangsa - yang sedang bertugas pada ketika itu - tidak boleh didedahkan nama mereka atas perintah mahkamah.
Kesalahan itu berlaku pada 18 November 2024, sepanjang tempoh kira-kira 14 jam.
Tempoh penerbangan itu kira-kira 17 jam.
Menurut dokumen mahkamah,Balasubramanian yang merupakan penumpang dalam pesawat itu, meraba punggung mangsa yang pertama sebanyak dua kali ketika beliau sedang menolak troli makanan dan berlalu di sebelahnya pada kira-kira pukul 3.30 pagi waktu Singapura.
Dengan rasa terkejut, mangsa bergegas pergi namun beliau berasa kurang selesa atas perbuatannya itu.
Lima minit kemudian, tertuduh mencabul seorang lagi mangsa ketika beliau sedang membongkok untuk menghidangkan makanan kepada penumpang bersebelahan Balasubramanian.
Beliau menggunakan tangan kirinya untuk meraba punggung mangsa sebanyak dua kali.
Antara pukul 3.20 pagi dengan 6.00 pagi, dia mencabul wanita itu sebanyak tiga kali lagi.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa "berasa sangat marah" dan terganggu atas tindakannya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.