Lelaki 71 tahun diberkas, terlibat pergaduhan maut di Lavender
Siasatan awal polis mendapati suspek dan mangsa terlibat dalam perselisihan dan kemudian didakwa bergaduh.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: Istock
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 71 tahun diberkas selepas seorang individu berusia 69 tahun maut menyusuli pergaduhan yang didakwa berlaku di Lavender pada Ahad (22 Dis).
Siasatan awal polis mendapati bahawa kedua-dua lelaki terlibat dalam perselisihan dan kemudian didakwa bergaduh.
Polis tiba di tempat kejadian di Blok 805 King George's Ave pada sekitar 11.35 pagi.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya membawa dua orang ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Tambah polis, lelaki berusia 69 tahun itu mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia kemudian meninggal dunia di hospital.
Lelaki 71 tahun tersebut kemudian ditangkap kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya.
Siasatan polis masih dijalankan.
Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya boleh dihukum penjara tujuh tahun, denda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman itu.
Suspek tidak boleh disebat kerana dia berusia lebih 50 tahun.

Sumber : CNA/IM/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.