Lelaki 69 tahun dipenjara 15 tahun, rogol pembantu rumah yang alami "sindrom tidak dapat kawal diri"
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi Singapura. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)
SINGAPURA: Ketika menjaga majikannya berusia 69 tahun yang menghidap demensia, seorang pembantu rumah akan rasa lemah dan tidak berdaya secara tiba-tiba apabila majikannya menyebut perkataan "tidur".
Lelaki warga Singapura itu, Tan Jeck Tuang, akan mencabul kehormatannya ketika dia sedar, namun tidak berdaya membuka mata atau menentang perbuatan majikannya.
Tan akan mencabulnya secara seksual beberapa bulan kemudian selepas mengarahkannya untuk tidur, yang akan membuat mangsa berasa tidak berdaya.
Ia disifatkan sebagai "sindrom tidak dapat mengawal diri", iaitu perasaan terpisah dari jasad atau proses mental.
Di Mahkamah Tinggi pada Selasa (5 Sep), Tan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah terhadap atas satu tuduhan merogol dan satu lagi dakwaan mencabul kehormatan.
Enam lagi dakwaan termasuk mencabul secara seksual dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Mangsa tidak boleh dinamakan atas araham mahkamah untuk melindungi identitinya.
Mangsa, seorang warga Indonesia berusia 45 tahun ketika itu, sudah bekerja sebagai pembantu rumah Tan sejak Ogos 2020.
Pada 7 November tahun itu, Tan meminta mangsa menyediakan makanan untuknya ketika dia berada di dalam bilik.
Selepas menghabiskan makanannya, mangsa ke bilik Tan untuk mengambil pinggan daripadanya. Tan menarik tangannya dan berkata "tidur".
Ketika mendengar perkataan itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Theong Li Han berkata mangsa "rasa lemah serta merta, tidak berdaya dan seperti ingin pengsan".
Ketika mangsa rebah, Tan mengheretnya ke katil dan mencabulnya.
Ketika kejadian berlaku, mangsa "sedar diri dan tahu apa yang tertuduh sedang lakukan, namun tidak dapat membuka matanya atau menentang perbuatannya," kata DPP Theong.
Antara Februari hingga Mac 2021, Tan meminta mangsa memeriksa peti sejuk di dapur. Dia mendekati mangsa dari belakang dan sekali lagi menyebut perkataan "tidur".
Seperti sebelum ini, mangsa rasa lemah serta merta, tidak berdaya dan seakan-akan ingin pengsan.
Sebulan selepas itu, mangsa cuba melarikan diri dengan barangan peribadinya.
SINDROM TIDAK DAPAT MENGAWAL DIRI
Satu laporan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) menunjukkan mangsa mengalami kemurungan serius selepas dicabul secara seksual "sehingga memikirkan untuk bunuh diri supaya dapat mengurangkan penderitaannya," kata DPP Theong.
Laporan itu juga mencadangkan mangsa menghidapi sindrom tidak dapat mengawal diri pada ketika itu, yang mengakibatkannya rasa lemah dan "kelihatan tidak sedarkan diri" ketika kejadian berlaku.
Mereka yang disabit kesalahan merogol boleh diberi hukuman penjara lapan sehingga 20 tahun, serta dirotan. Di bawah undang-undang Singapura, mereka berusia 50 tahun dan ke atas tidak boleh dirotan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.