Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 68 tahun diberkas disyaki terbabit dalam insiden tikaman di Pipit Road

Seorang lelaki berusia 68 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya, menurut polis pada Ahad (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 68 tahun diberkas disyaki terbabit dalam insiden tikaman di Pipit Road

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 09:36PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 09:38PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 68 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya, menurut polis pada Ahad (24 Okt).

Polis menerima panggilan meminta bantuan pada Sabtu (23 Okt) sekitar pukul 11.00 malam di Blok 90 Pipit Road di MacPherson.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, seorang lelaki 51 tahun ditemui dengan kesan luka dan tikaman pada tubuhnya di sebuah unit kediaman. Seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 42 tahun, luka pada jarinya.

Lelaki berusia 51 tahun itu berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, menurut polis, sambil menambah bahawa penyerang mereka yang dikenali mangsa dapat melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (25 Okt) kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Polis menyatakan ia tidak bertolak ansur terhadap perbuatan ganas dan secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk memberkas pesalah sedemikian dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan," ia menambah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan