Lelaki 65 tahun akan didakwa sebar ajaran sesat, kendali madrasah di SG tanpa berdaftar dengan MUIS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun akan didakwa di mahkamah pada 1 Ogos 2023 kerana disyaki terlibat dalam menyebarkan ajaran sesat dan mengendalikan sebuah madrasah tanpa berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Demikian menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan pada Isnin (31 Jul).
Susuli laporan polis yang dibuat MUIS terhadap lelaki tersebut pada 24 Ogos 2021, SPF melancarkan siasatan terhadapnya.
Selepas berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), lelaki itu akan didakwa dengan satu tuduhan di bawah Seksyen 139(1) Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) kerana menyebarkan ajaran sesat di Singapura antara 2004 hingga 2020.
Dia juga dikenakan satu tuduhan di bawah Peraturan 5(1) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 5(2) AMLA (Madrasah) kerana mengendalikan sebuah madrasah antara 2017 hingga 2020 di sebuah kafe di Jalan Pisang tanpa berdaftar dengan MUIS.
Di bawah Seksyen 139(1) AMLA, dia boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan, atau didenda tidak lebih S$2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Bagi kesalahan tidak mendaftarkan madrasah pula, dia boleh dipenjara sehingga 12 bulan, atau didenda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.