Lelaki 63 tahun didenda; berulang kali keluar rumah semasa 'circuit breaker' atas tujuan sosial
Seorang lelaki tua didenda S$3,500 pada Rabu (10 Jun) kerana berkali-kali meninggalkan rumahnya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk meminum arak dan berjumpa dengan orang lain.

Ong King Hwa di Mahkamah Negara pada 29 Mei 2020. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Seorang lelaki tua didenda S$3,500 pada Rabu (10 Jun) kerana berkali-kali meninggalkan rumahnya semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk meminum arak dan berjumpa dengan orang lain.
Ong King Hwa, 63 tahun, meninggalkan flatnya sebanyak tiga kali semasa tempoh 'circuit breaker' sedangkan perbuatan bergaul dengan orang lain yang tidak tinggal serumah dilarang sepanjang tempoh tersebut.
Bagi insiden pertama pada 12 April, dia dikenakan denda komposisi di luar mahkamah sebanyak S$300 kerana melanggar peraturan COVID-19.
Dia dikenakan denda komposisi lebih tinggi sebanyak S$1,000 pada 3 Mei kerana melanggar satu lagi peraturan COVID-19.
Bagaimanapun, dia tidak membayar denda-denda itu dan mengulangi kesalahan serupa pada 8 Mei. Dia kemudian didakwa di mahkamah.
Ong mengaku bersalah pada Rabu atas dua tuduhan melanggar peraturan COVID-19 dengan berjumpa orang lain yang tidak tinggal serumah dengannya untuk tujuan sosial. Dia juga gagal memakai pelitup bagi menutupi mulut dan hidungnya apabila berada di luar rumah.
Tiga lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Bagi setiap tuduhan melanggar peraturan COVID-19, Ong boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.