Skip to main content

Singapura

Lelaki 63 tahun diberkas kerana miliki beberapa pistol angin

Seorang lelaki 63 tahun sudah diberkas kerana memiliki beberapa pistol angin, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Khamis (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 63 tahun diberkas kerana miliki beberapa pistol angin

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 08:53AM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 08:55AM

SINGAPURA: Seorang lelaki 63 tahun sudah diberkas kerana memiliki beberapa pistol angin, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Khamis (4 Apr).

Lelaki tersebut diberkas setelah pemilik sebuah kediaman di Jurong West Street 42 menemui keretakan-keretakan yang mencurigakan di jendela bilik tidur utamanya dan tandas pada Rabu dan memaklumkan pihak polis.

Para pegawai polis kemudian menjumpai pelet logam di tempat kejadian, yang mereka percaya menyebabkan kerosakan pada jendela-jendela itu.

Identiti lelaki tersebut dikenal pasti menyusuli siasatan yang dijalankan dan bantuan oleh para pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki tersebut melepaskan tembakan daripada pistol angin yang mengandungi pelet berkenaan di unit kediaman itu bagi menguji jarak tembakannya.

Empat pistol angin yang diubah suai, pelet-pelet logam, dua buku nota yang mempunyai lakaran pistol angin, satu lastik mekanikal, dan beberapa bahan dan peralatan yang digunakan untuk membuat pistol angin dirampas, menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat. Jika didapati bersalah, dia akan menghadapi hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita