Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 63 tahun dibawa ke hospital susuli kemalangan berantai di Woodlands Road

Seorang lelaki berusia 63 tahun dikejarkan ke hospital pada Jumaat (24 Jul) setelah mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Woodlands Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 63 tahun dibawa ke hospital susuli kemalangan berantai di Woodlands Road

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 25 Jul 2020 12:25PM Dikemas Kini : 25 Jul 2020 12:28PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 63 tahun dikejarkan ke hospital pada Jumaat (24 Jul) setelah mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Woodlands Road.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, pihak polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta, sebuah teksi dan sebuah van di Woodlands Road pada sekitar 7.30 malam semalam.

"Pemandu van berusia 63 tahun berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong," menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam video-video yang tular di media sosial dan dirakam dari sebuah apartmen tingkat tinggi berdekatan dengan tempat kejadian, beberapa kenderaan dilihat terlibat dalam kemalangan tersebut.

Video-video itu menunjukkan sebuah van naik ke atas pemisah jalan raya, manakala dua lagi kereta menghadang tiga lorong jalan raya.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian, sebuah trak tunda dilihat sedang mengalihkan kenderaan-kenderaan dan selusur yang musnah akibat kemalangan tersebut.

Kesesakan jalan raya turut disaksikan selama sekitar dua jam menyusuli kemalangan itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan