Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 61 tahun didakwa sebabkan kebakaran, serang polis dengan pisau

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun didakwa pada Sabtu (25 Mac) kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam, menurut polis dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (26 Mac).

Polis menyatakan, sekitar pukul 8.00 malam pada Jumaat (24 Mac), pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengenai lelaki yang menyebabkan kebakaran di sebuah rumah di Lorong 1 Toa Payoh. Dia juga dipercayai dilihat memiliki pisau.

Apabila dia melihat pegawai polis, lelaki tersebut dipercayai mengeluarkan pisau tersebut dan cuba menyerang mereka.

Apabila lelaki itu enggan mendengar arahan daripada polis untuk berhenti berkelakuan demikian, pegawai polis terpaksa menggunakan senjata renjatan untuk melucutkan pisau lelaki itu, menurut polis, sambil menambah bahawa tindakan itu sesuatu yang perlu dilakukan.

Sepucuk pisau, satu pisau Swiss Army dan penukul dirampas daripada lelaki itu.

Lelaki tersebut didakwa di mahkamah semalam (25 Mac) di bawah Akta Bahan Menghakis dan Letupan dan Senjata Serangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pihak polis menyatakan bahawa ia langsung tidak bertolak ansur terhadap tindakan keganasan yang mengancam keselamatan orang awam dan pegawai awam yang menjalankan tugas mereka.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan