Lelaki 61 tahun diberkas; disyaki hantar bungkusan seketul daging babi ke Masjid Al-Istiqamah
Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Istiqamah pada 25 September 2025. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
- Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas kerana disyaki terlibat menghantar bungkusan mengandungi seketul daging babi ke Masjid Al-Istiqamah di Serangoon, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (27 Sep).
- Polis dimaklumkan mengenai bungkusan yang mencurigakan dihantar ke masjid di 2 Serangoon North Avenue 2 itu pada Rabu (24 Sep) sekitar pukul 5.20 petang.
- Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa di masjid-masjid lain serata Singapura.
- Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Sep) atas kesalahan dengan sengaja berniat untuk melukakan perasaan kaum lain.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas kerana disyaki terlibat menghantar bungkusan mengandungi seketul daging babi ke Masjid Al-Istiqamah di Serangoon, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (27 Sep).
Polis dimaklumkan mengenai bungkusan yang mencurigakan dihantar ke masjid di 2 Serangoon North Avenue 2 itu pada Rabu (24 Sep) sekitar pukul 5.20 petang.
Bagi kes ini, bungkusan tersebut mengandungi seketul daging babi, menurut SPF.
Lelaki itu diberkas pada Khamis (25 Sep).
“Polis telah memberkas seorang lelaki berbangsa Cina berusia 61 tahun kerana disyaki terlibat menghantar bungkusan tersebut dengan niat untuk sengaja melukakan perasaan kaum lain,” menurut kenyataan media itu.
Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa di masjid-masjid lain serata Singapura.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (27 Sep) atas kesalahan dengan sengaja berniat untuk melukakan perasaan kaum lain.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.